Pasaran saham tempatan dibuka positif pagi ini

Pasaran saham tempatan dibuka positif pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 2.40 mata kepada 1,510.37 pada pukul 9.06 pagi hari ini, berbanding 1,507.97 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,510.70.

Jumlah dagangan sebanyak 77.97 juta unit bernilai RM48.76 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 135 berbanding 115, dengan 237 kaunter tidak berubah dan 1,885 tidak diniagakan.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 39.24 mata atau 1.42 peratus kepada 2,810.08 ketika berita ini ditulis.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 67.81 mata atau 0.18 peratus kepada 37,679.64, manakala indeks STI Singapura turun 4.76 mata atau 0.12 peratus kepada 3,899.12.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN