Pasaran saham tempatan dibuka negatif pagi ini

Pasaran saham tempatan dibuka negatif pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 1.37 mata kepada 1,518.62 pada pukul 9:06 pagi hari ini, berbanding 1,519.99 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,518.82.

Jumlah dagangan sebanyak 2.73 bilion unit bernilai RM2.07 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 193 berbanding 127, dengan 281 kaunter tidak berubah dan 1,815 tidak diniagakan.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 46.93 mata atau 1.59 peratus kepada 2,993.59 ketika berita ini ditulis.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 143.67 mata atau 0.38 peratus kepada 38,455.94, manakala indeks STI Singapura meningkat 15.05 mata atau 0.39 peratus kepada 3,923.510. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN