PETALING JAYA: Watak-watak kegemaran kanak-kanak seperti Mickey Mouse, Ariel The Little Mermaid, dan Team Spidey bakal menghiburkan penonton Malaysia menerusi persembahan muzikal interaktif bertajuk “Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!” di Arena of Stars, Resorts World Genting dari 29 Ogos hingga 1 September ini. Pementasan selama empat hari itu menampilkan lapan persembahan eksklusif, menggabungkan unsur nyanyian, tarian, visual 3D serta aksi akrobatik bagi mencipta pengalaman hiburan keluarga yang menyeronokkan.…