PETALING JAYA: Penyedia pendidikan dwibahasa antarabangsa, MapleBear, merancang menambah 40 cawangan baharu di seluruh Malaysia menjelang 2030 bagi menampung permintaan pendidikan global yang semakin meningkat. Pengumuman itu dibuat sebagai sebahagian strategi syarikat mengukuhkan kehadirannya di Asia Tenggara, selaras dengan pelan pertumbuhan serantau bagi menyediakan pendidikan berkualiti tinggi beriktiraf global. Ketua Pegawai Eksekutif MapleBear Asiawide, Patricia Koh berkata, Malaysia merupakan pasaran pertumbuhan utama yang didorong oleh ekonomi dinamik dan minat kukuh…