PETALING JAYA: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) melalui anak syarikatnya, Sungai Udang WTE Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian konsesi (PK) dengan kerajaan bagi tujuan reka bentuk, pembinaan, pembiayaan, operasi, penyelenggaraan dan penutupan kemudahan Waste-to-Energy di Sungai Udang, Melaka Perjanjian itu dimeterai pada 19 Jun lalu menerusi kerjasama awam-swasta bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Kemudahan WTE berkenaan bakal memproses sehingga 1,056 tan…










