foodpanda pertingkat pelaburan untuk pemasaran 

foodpanda pertingkat pelaburan untuk pemasaran 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Platform penghantaran makanan, foodpanda akan memperkukuhkan pasarannya di Malaysia, sekali gus memperuntukkan pelaburan lebih besar dalam segmen pemasaran bagi memperluas pangkalan pengguna dan meningkatkan kesedaran jenamanya.

Pengarah Urusan Negara foodpanda, Tan Ming Luk berkata, pasaran negara ini menunjukkan pertumbuhan stabil dan tahun ini foodpanda mencatatkan pertumbuhan dua digit untuk pasaran Malaysia.

“Kawasan seperti Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang menyumbang kira-kira 65 peratus kepada keseluruhan perniagaan di Malaysia, malah selain menghantar makanan kami juga ada Panda Mart untuk segmen barangan runcit.

“foodpanda akan terus kukuhkan operasi di Malaysia dan keutamaan kami ialah kelestarian jangka panjang serta memberikan nilai kepada pengguna, rider dan rakan kongsi,” katanya yang ditemui media pada majlis makan tengah hari bersama media dan foodpanda di sini, semalam. 

Jelas beliau, foodpanda tahun ini bergerak lebih agresif bagi pemasaran jenamanya di seluruh Malaysia dan komited mengekalkan kedudukannya dalam industri penghantaran makanan dan perkhidmatan e-hailing di negara ini.

“Dari segi makanan, kami fokus tambah jenis masakan dan promosi yang lebih baik, bagaimanapun kami tidak bersaing atau membuat ‘perlumbaan’ harga sampai rugi.

“Setakat ini, kami mempunyai lebih kurang 70,000 vendor dan lebih 100,000 penghantar foodpanda,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, foodpanda Malaysia kini mempunyai lebih 50,000 penghantar aktif di seluruh negara dan syarikat turut menyediakan latihan, kemahiran baharu dan insentif tahunan seperti pakej khas serta ganjaran istimewa kepada penghantar.

Tan berkata, foodpanda bersedia melaksanakan integrasi sistem dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk memastikan caruman 1.0 peratus daripada pendapatan rider gig disalurkan secara konsisten, selaras dengan rang undang-undang baru berkaitan pekerja gig.

“Kami bukan sahaja memberi sokongan perlindungan sosial melalui caruman kepada Perkeso, malah menyediakan insurans insurans (termasuk ahli keluarga), latihan kemahiran dan program pendidikan bagi rider yang aktif,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan kerajaan yang memberhentikan operasi InDrive dan Maxim, beliau berkata, foodpanda menegaskan pendirian menyokong persaingan sihat dalam industri penghantaran makanan dan perkhidmatan e-hailing, namun menekankan kepatuhan kepada peraturan sedia ada adalah penting bagi mengelakkan ketidakseimbangan dalam pasaran.

Katanya, tindakan kerajaan terhadap platform seperti Maxim dan InDrive dilihat perlu sekiranya mereka gagal mematuhi peraturan seperti lesen ride-hailing. 

“Jika mereka mohon dan patuhi syarat, tiada masalah untuk teruskan operasi. Tapi semua pemain mesti ikut garis panduan yang adil,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN