KUALA LUMPUR: Syarikat kejuruteraan global, Black & Veatch mengenal pasti elektrifikasi, penangkapan karbon dan bahan api lestari sebagai tiga pendekatan utama yang sedang diteroka oleh loji penapisan bagi mengurangkan pelepasan karbon aset sedia ada. Naib Presiden dan Pengarah Urusan bagi segmen International Energy Major syarikat itu, Anand Pattani berkata, pihaknya menyaksikan usaha berterusan pemain tenaga untuk memastikan operasi penapisan sedia ada kekal relevan dalam jangka panjang, di sebalik tekanan untuk…










