PETALING JAYA: Catcha Digital Berhad optimis untuk mencatatkan pertumbuhan organik dua digit tahun ini di sebalik ketidaktentuan ekonomi global akibat kelemut politik antarabangsa dan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS). Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Catcha Digital, Eric Tan berkata, pertumbuhan akan dipacu oleh pelan strategik yang telah diatur termasuk proses penggabungan dan pengambilalihan (M&A) mana-mana syarikat berdaya maju yang boleh menyumbang kepada pengembangan operasi Kumpulan. Beliau berkata, segmen media…










