PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 2.78 mata kepada 1,526.62 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,523.84 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1527.71.
Jumlah dagangan sebanyak 2.73 bilion unit bernilai RM2.07 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 504 berbanding 381, dengan 530 kaunter tidak berubah dan 1,006 tidak diniagakan.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 12.99 mata atau 0.45 peratus kepada 2,920.03 ketika berita ini ditulis.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 248.10 mata atau 0.65 peratus kepada 38,173.09 manakala indeks STI Singapura menurun 11.686 mata atau 0.11 peratus kepada 10,234.335. – UTUSAN