PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 5.10 mata kepada 1,508.25 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,508.35 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,512.72.
Jumlah dagangan sebanyak 3.04 bilion unit bernilai RM2.20 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 709 berbanding 297 dengan 423 kaunter tidak berubah dan 939 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 23.86 mata atau 0.064 peratus kepada 37,446.81 berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.048 peratus kepada 2,698.97 dan indeks STI Singapura naik 0.01 peratus kepada 3.891.07.-UTUSAN