Bursa Malaysia dibuka positif pagi ini

Bursa Malaysia dibuka positif pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 0.13 mata kepada 1,512.08 pada pukul 9:06 pagi hari ini, berbanding 1,511.95 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,512.94.

Jumlah dagangan sebanyak 27.02 juta unit bernilai RM13.71 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 71 berbanding 65, dengan 212 kaunter tidak berubah dan 2,094 tidak diniagakan.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.12 mata atau 0.004 peratus kepada 2,972.31 ketika berita ini ditulis.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 262.96 mata atau 0.68 peratus kepada 38,622.19, manakala indeks STI Singapura turun 5.16 mata atau 0.13 peratus kepada 3,915.65. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN