KUALA LUMPUR: AmInvestment Bank Berhad (AmInvestment) melancarkan platform dagangan baharu, AmEquities yang menawarkan pengalaman pelaburan lebih pintar, pantas dan mesra pengguna untuk pelabur runcit dan institusi. Platform berkenaan dilengkapi pelbagai ciri teknologi terkini termasuk papan pemuka yang boleh disesuaikan, akses kepada data pasaran secara langsung dalam masa nyata, serta sokongan berbilang bahasa. Ia memberikan ciri seperti log masuk biometrik, token digital bersepadu dan analisis portfolio komprehensif yang memastikan perjalanan pelaburan…










