KUALA LUMPUR: Kecerdasan buatan (AI) dijangka menjadi pemangkin utama dalam revolusi sektor tenaga di Asia Tenggara. Pengarah Tenaga dan Kelestarian, Polisi, Asia Pasifik Microsoft, Will Hudson berkata, AI dijangka memainkan peranan penting dalam mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih serta meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dalam kedua-dua sisi penawaran dan permintaan. Dalam aspek penawaran, beliau menyeru rantau Asia aktif melibatkan diri dalam tenaga bersih serta menggalakkan pembaharuan dasar dan peraturan bagi membuka…










