PETALING JAYA: SumiSaujana Group Bhd. (SumiSaujana), pengeluar bahan kimia khusus untuk industri minyak dan gas (O&G) merancang untuk membuka kemudahan pengeluaran di Amerika Utara dan Asia Barat bagi mengurangkan kos logistik dan mengukuhkan kehadiran global. Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif SumiSaujana Group Berhad, Norazlam Norbi berkata, lebih 70 peratus daripada hasil SumiSaujana diperoleh daripada pasaran antarabangsa, termasuk Asia Pasifik, Asia Barat dan Amerika Utara. “Kami telah mengeksport ke lebih…