PETALING JAYA: Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Fintech Association of Malaysia (FAOM), badan industri teknologi kewangan (fintech) terkemuka negara, bagi memajukan inovasi dan merangsang pertumbuhan dalam landskap fintech Malaysia. MoU ini menandakan langkah signifikan ke arah penubuhan PayNet Fintech Hub, sebuah platform khusus untuk memperkasa syarikat pemula fintech serta memupuk peluang kerjasama yang menyokong pembangunan teknologi dan penyelesaian kewangan inovatif. Menerusi kerjasama strategik ini, PayNet dan FAOM akan memanfaatkan rangkaian, kepakaran serta pandangan industri masing-masing untuk menggalakkan libat urus kawal selia, kerjasama serantau dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya