Pasaran saham tempatan ditutup lemah - Utusan Malaysia

Pasaran saham tempatan ditutup lemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup negatif, apabila susut 4.50 mata kepada 1,518.98 pukul 5 petang tadi, berbanding 1,523.48 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,525.60.

Jumlah dagangan sebanyak 3.3 blion unit bernilai RM2.2 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 478 berbanding 466 dengan 460 kaunter tidak berubah dan 982 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 710.58 mata atau 1.88 peratus kepada 38,432.98 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan melonjak sebanyak 50.49 mata kepada 2,720.64, manakala indeks STI Singapura jatuh 0.18 peratus kepada 3,905.02.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN