ORIENTAL Interest Bhd. (OIB) menawarkan Myra Tenuman, sebuah projek perbandaran baharu di Alam Impian, Shah Alam, Selangor yang bakal menjadi penanda aras kepada gaya hidup bandar berteraskan komuniti di Lembah Klang. Kawasan seluas 28.32 hektar dengan unjuran nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM1 bilion itu dijangka siap untuk fasa pertama menjelang Jun 2027. Myra Tenuman dirancang sebagai perbandaran bersepadu yang menggabungkan rumah bertanah premium, pangsapuri servis, zon komersial berorientasikan komuniti…