ISU kekurangan kemahiran digital dalam kalangan pekerja di Malaysia merupakan satu cabaran besar, terutamanya apabila sektor ekonomi negara dilihat semakin berkembang pesat dengan pengaruh teknologi moden. Justeru itu, Profesor Kewangan dan Keusahawanan di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Dr. Nik Maheran Nik Muhammad berkata, majikan perlu melabur dalam latihan dalaman seperti kursus berkaitan analitik data, pemasaran digital, automasi pejabat dan keselamatan siber untuk semua peringkat…