Lexis Group perkukuh segmen hospitaliti mewah

Lexis Group perkukuh segmen hospitaliti mewah, tarik minat pelabur asing 

LEXIS Hibiscus 2, Port Dickson, Negeri Sembilan dijangka siap pada pertengahan 2029.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lexis Hotel Group menyasarkan untuk memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam industri hospitaliti mewah dengan memberi tumpuan kepada meningkatkan pengalaman tetamu menerusi inovasi, reka bentuk dalaman yang unggul serta perkhidmatan bertaraf dunia.

Presiden Lexis Hotel Group, Datuk Prof. Mandy Chew Siok Cheng berkata, usaha ini sejajar dengan strategi jangka panjang untuk merangsang pertumbuhan penjualan unit dan memperkukuh daya tarikan pelaburan dalam sektor pelancongan dan hospitaliti tempatan, khususnya kepada pelabur asing yang berminat terhadap nilai jangka panjang dalam segmen ini.

“Sambutan positif daripada pasaran antarabangsa menjadi petunjuk keyakinan terhadap potensi pelaburan yang kami tawarkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Jelasnya, dengan peralihan ke arah pengalaman premium dan nilai eksklusif dalam industri pelancongan, kumpulan ini dilihat komited untuk menjadi pemacu utama pertumbuhan pelancongan mewah negara, sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi nasional.

“Dari segi penawaran harga, maklum balas yang diterima amat positif. Unit-unit yang kami tawarkan dilihat sebagai pelaburan yang menarik dengan pulangan sewaan tahunan sehingga enam peratus. 

“Tawaran harga kami adalah sepadan dengan nilai kemewahan, reka bentuk terperinci dan pengalaman penginapan yang eksklusif, yang telah mendapat sambutan hangat daripada pelbagai golongan, termasuk golongan muda, pasangan baru berkahwin dan ekspatriat,” katanya. 

Mengulas lanjut, Mandy berkata, mengenai projek Lexis Hibiscus 2, Port Dickson, Negeri Sembilan dijangka siap pada pertengahan 2029. 

Katanya, projek Lexis Hibiscus 2, berada pada landasan yang positif. 

“Kami berusaha keras agar pembangunan ini mengikut jadual yang telah ditetapkan, dengan komitmen penuh untuk memastikan kualiti dan kemewahan yang terbaik dalam setiap aspek projek ini,” katanya. 

Sejak pelancaran fasa 1 pada Jun 2024 yang meliputi 288 unit, kira-kira 60 peratus unit telah berjaya dijual.

Ini merupakan petunjuk jelas tentang sambutan yang memberangsangkan dari kalangan pembeli dan pelabur, terutamanya dari rantau Asia Pasifik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN