Kenaikan tarif AS beri impak terhad di luar rantau APAC - Utusan Malaysia

Kenaikan tarif AS beri impak terhad di luar rantau APAC

KADAR tarif yang dikenakan pentadbiran Trump terhadap Malaysia adalah 47 peratus dengan kadar diskaun sebanyak 24 peratus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertumbuhan ekonomi global kekal berdaya tahan walaupun berdepan kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, dengan impak yang terhad kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di luar rantau Asia-Pasifik (APAC), kata S&P Global Ratings.

Menurutnya, walaupun kenaikan tarif pada 2 April telah mewujudkan kebimbangan mengenai aliran perdagangan global, kebanyakan pasaran pesat membangun (EM) dijangka dapat menghadapi perubahan tersebut dengan gangguan yang minimum kecuali negara-negara yang berhampiran dengan AS seperti Mexico.

“Impak tarif terhadap pertumbuhan KDNK agak rendah di luar rantau APAC.

“Ini kerana kebanyakan negara mengalami defisit perdagangan dengan AS, oleh itu tarif yang dikenakan pada 2 April adalah 10 peratus,” katanya dalam nota penyelidikan.

S&P Global berkata, dalam kebanyakan EM, impak langsung tarif seperti pengurangan aliran perdagangan mempunyai kesan yang lebih besar terhadap aktiviti ekonomi berbanding akibat tidak langsung, seperti permintaan global yang lebih lemah dan ketidakpastian yang meningkat.

Katanya, bank-bank pusat di Amerika Latin dijangka melonggarkan dasar mereka dengan lebih ketara berdasarkan kadar dasar semasa mereka yang kekal melebihi tahap neutral.

“Kenaikan nilai mata wang EM berbanding dolar AS baru-baru ini memberi lebih ruang kepada bank pusat untuk menurunkan kadar di negara-negara di bawah liputan kami.

“Gabungan mata wang EM yang kukuh dan harga minyak yang rendah akan membantu mengurangkan inflasi di kebanyakan EM berikutan negara-negara ini pada amnya merupakan pengimport bersih tenaga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya