Gamuda Cove perkenal tarikan baharu, sasar 1.5 juta pengunjung setahun - Utusan Malaysia

Gamuda Cove perkenal tarikan baharu, sasar 1.5 juta pengunjung setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Gamuda Cove memperkenalkan beberapa tarikan baharu berteraskan alam semula jadi yang akan menarik lebih 1.5 juta pengunjung setahun apabila siap sepenuhnya menjelang akhir tahun depan.

Tarikan baharu berkenaan melibatkan pembangunan zoo bertemakan konservatif, resort eko-mewah dan taman permainan kanak-kanak di lokasi utama seperti Paya Indah Discovery Wetlands, Wetlands Arboretum dan The Hive.

Salah satu tarikan utama adalah taman hidupan liar baharu hasil kerjasama dengan WWRM, yang bakal menempatkan hampir 90 spesies termasuk rubah bertelinga kelawar (Bat-eared Fox) dan burung kakak tua (Black Palm Cockatoo).

Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lun berkata, kesemua projek itu akan mengukuhkan lagi reputasi Gamuda Cove sebagai perbandaran pintar dan destinasi pelancongan lestari.

Katanya, penambahan ini bukan sahaja menarik secara tersendiri dan merupakan sebahagian daripada naratif yang lebih besar di Gamuda Cove.

“Ia akan melengkapi tarikan sedia ada kami seperti SplashMania dan Discovery Park, menawarkan sesuatu untuk setiap pengunjung, daripada pencinta adrenalin kepada pencinta alam semula jadi serta keluarga yang mempunyai anak kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat iaitu Enfiniti Escapes, One Universal Production (OUP), Wonderful Wildlife & Recreation Management (WWRM) dan Seven Evernew PLT. di sini semalam.

Wai Lun berkata, dengan rakan strategik yang kukuh, dapat menjadikan Gamuda Cove sebuah tempat bukan sahaja untuk didiami, tetapi juga untuk diterokai dan berkembang.

“Dengan penambahan tarikan ini, kami akan menarik lebih ramai pengunjung dan penduduk sekali gus merancakkan kawasan komersial dan menjadikan perbandaran ini lebih hidup dan bertenaga,” katanya.

Jelas beliau, menjelang Ogos 2025, persimpangan tanpa tol Cyberjaya yang baharu akan dibuka. 

“Ini akan memendekkan masa perjalanan ke Gamuda Cove, anda boleh tiba ke Cyberjaya kurang daripada 15 minit, dengan sambungan mudah ke lebuh raya seperti Lebuhraya Elite, MEX dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). 

“Kami telah menyerahkan hampir 2,000 unit rumah kepada pembeli dan akan menyerahkan 1,300 unit lagi tidak lama lagi.

“Secara keseluruhan, kami menyambut lebih 13,000 penduduk dan kami pastikan semua keperluan mereka tersedia daripada rumah, sekolah, taman, kedai hingga kepada kemudahan kesihatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya