BYD Sisma Auto lancar bilik pameran ketiga di Lembah Klang - Utusan Malaysia

BYD Sisma Auto lancar bilik pameran ketiga di Lembah Klang

BILIK pameran BYD Sisma di IPC Shopping Centre, Damansara Utama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: BYD Sisma Auto memperluas rangkaiannya dengan pembukaan rasmi bilik pameran kontemporari di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara yang kini menjadi cawangan ketiganya di Lembah Klang.

Syarikat itu berkata, pelancaran itu menjadi penanda aras baharu yang selari dengan dedikasi syarikat untuk menyediakan akses lebih mudah kepada pelanggan terhadap model kenderaan elektrik (EV) canggih BYD.

“Bilik pameran baharu yang terletak di aras bawah Pusat Beli-Belah IPC ini menawarkan suasana yang nyaman dan mempamerkan barisan lengkap kenderaan inovatif elektrik BYD, serta menyediakan peluang pandu uji bagi pengunjung yang ingin mengalami sendiri mobiliti canggih BYD.

“Bagi mempertingkatkan lagi pengalaman di bilik pameran tersebut, BYD Sisma Auto bekerjasama dengan Espresso Lab untuk memperkenalkan ruang kopi premium yang menawarkan kopi berkualiti tinggi dan hidangan ringan dalam suasana santai.

“Selain bilik pameran, pelanggan yang membeli kenderaan BYD akan menikmati sokongan lepas jualan di pusat servis canggih BYD di Glenmarie, Shah Alam.

“Dilengkapi dengan 16 ruang servis, kemudahan canggih itu direka untuk menawarkan penyelenggaraan kenderaan yang menyeluruh bagi memastikan setiap kenderaan BYD berada dalam prestasinya yang terbaik, sentiasa,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sisma Auto Group, Syed Khalil Syed Ibrahim berkata, pengembangan strategik ini adalah sebahagian daripada usaha Sisma Auto untuk memperkukuh kehadiran BYD dalam pasaran automotive elektrik Malaysia yang sedang giat berkembang.

“Kami juga teruja untuk mengendalikan tiga cawangan BYD ketika ini, dengan cawangan di Glenmarie, Petaling Jaya dan kini Mutiara Damansara,” katanya.

Bilik pameran ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, memberikan banyak masa kepada pelanggan untuk meneroka teknologi EV terkini BYD. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya