PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 10.63 mata kepada 1,508.35 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,518.98 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,521.22.
Jumlah dagangan sebanyak 3.42 bilion unit bernilai RM5.05 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 633 berbanding 336 dengan 418 kaunter tidak berubah dan 1,045 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 1.22 mata atau 467.88 peratus kepada 37,965.10 berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menurum sebanyak 0.84 peratus kepada 2,697.67 dan Indeks STI Singapura turun 0.26 peratus kepada 3.906.56. – UTUSAN