SME Bank rangkul anugerah berprestij ADFIAP 2025 - Utusan Malaysia

SME Bank rangkul anugerah berprestij ADFIAP 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) merangkul pelbagai anugerah berprestij oleh Persatuan Institusi Pembiayaan Pembangunan di Asia dan Pasifik (ADFIAP) di Anugerah Pembangunan Lestari 2025 untuk tahun ke-12 berturut-turut.

Sementara itu, SME Bank turut meraih kemenangan sulung di Anugerah Perhubungan Awam Interaktif Pemasaran 2025.

Anugerah ini mencerminkan komitmen SME Bank terhadap kecemerlangan dengan memberi inspirasi kepada lebih ramai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk lebih inovasi dan memacu transformasi, selain menyerlahkan kisah kejayaan mereka.

Ini sekali gus, mengukuhkan reputasi SME Bank sebagai salah satu institusi kewangan pembangunan (DFI) terkemuka negara.

Pemangku Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim berkata, bank amat berbesar hati untuk menerima pengiktirafan berprestij ini kerana ia mencerminkan komitmennya dalam menyokong pertumbuhan dan kemampanan PKS Malaysia.

Katanya, bank berbangga kerana terus dapat meneruskan mandat nasional yang melangkaui pembiayaan.

“Anugerah ini menggariskan peranan penting kami dalam membentuk ekosistem PKS yang berdaya tahan dan inklusif, selaras dengan matlamat pembangunan negara dan peka terhadap keperluan usahawan tempatan yang kian berkembang.

“Dengan mempromosikan kemampanan melalui inovasi, kami bukan sahaja mengukuhkan komitmen untuk menetapkan penanda aras kecemerlangan baharu tetapi juga memperjuangkan amalan perniagaan yang memacu sosioekonomi yang positif, memupuk kesejahteraan alam sekitar dan ekonomi jangka panjang,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, SME Bank menerima pengiktirafan daripada ADFIAP sebagai pemenang dalam Kategori Pembangunan PKS menerusi program SME Bank’s Sandbox Swiss Innovation Challenge 2024 dan diiktiraf dalam Kategori Pembangunan Teknologi melalui Enterprise Lifecycle Scoring Assessment (ELSA).

Selain itu, SME Bank turut meraih Anugerah MERIT untuk Graduate Talent Programme (GTP) dalam Kategori Pembangunan Modal Insan serta inisiatif Sustainability Roadmap Journey dalam Kategori Pembangunan Alam Sekitar.

Dalam pada itu, SME Bank turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Best PR Campaign – Start-Up/Small Business di Marketing-Interactive Public Relations Awards 2025 menerusi inisiatif podcast pertama SME Bank,‘We Hear You’.

Majlis Anugerah ADFIAP 2025 berlangsung di Muscat, Oman bersempena Mesyuarat Tahunan ke-48 ADFIAP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya