Pendapatan Sweet Delicious meningkat sehingga RM3,000

Pendapatan Sweet Delicious meningkat sehingga RM3,000 sebulan

NURUL Jan’nah Bachok menjual pelbagai jenis kuih talam, brownies, kuih-muih, strudel buah dan pelbagai lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Produk keluaran Gerobok Rezeki Resources menerima peningkatan pendapatan daripada RM1,500 hingga mencecah RM3,000 sebulan dan tawaran hotel sekitar selepas memperoleh pensijilan halal pada hujung 2023.

Pengurus Sweet Delicious, Nurul Jan’nah Bachok, 40 berkata, pensijilan halal membantu menyakinkan pelanggan sehingga menerima tempahan daripada hotel dan kem tentera sekitar Port Dickson. 

“Sebagai seorang isteri tentera kami ada Badan Kebajikan Keluarga Anggota Tentera (Bakat) di Port Dickson dan saya telah menyertai pelbagai kursus untuk mengembangkan produk. 

“Alhamdulillah, produk saya mula dikenali dan mula menerima sambutan yang positif. 

“Pada awal perniagaan, saya dibantu suami dan kini mampu mengambil pekerja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Nurul Jan’nah memaklumkan, dia menjual pelbagai jenis kuih talam (RM40 hingga RM55) , brownies, kuih-muih seperti karipap, strudel buah dan pelbagai lagi. 

“Saya juga turut menerima tempahan untuk pelbagai majlis seperti pertunangan, majlis hari jadi, rumah terbuka serta majlis perkahwinan.

“Malah saya juga berpeluang menerima tempahan manisan seperti strudel epal, pie dan portuguese egg tart daripada pusat latihan pengaman tentera ,” katanya.

Nurul Jan’nah yang mempunyai kelulusan teknologi makanan itu pernah bekerja di sebuah kilang membuat biskut selama tujuh tahun. 

“Kini, suami telah bersara dan mengambil kursus Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dalam Industri Kecil can Sederhana (IKS) bagi mengembangkan perniagaan ini,” katanya. 

Dia turut menasihatkan usahawan lain mengambil sijil halal untuk memudahkan memasarkan produk.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN