Laya Suraya sasar tembusi pasar raya tempatan tahun ini

Laya Suraya sasar tembusi pasar raya tempatan tahun ini

SURAYA Abdul Majid di premisnya, Laya Suraya Enterprise.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laya Suraya Enterprise menyasarkan produk keknya menembusi semua pasar raya utama di seluruh negara menjelang hujung tahun ini selepas berjaya memperoleh pensijilan halal pada Mac 2023 daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kini, Laya Suraya telah berjaya mengeluarkan 20 jenis yang terdiri daripada kek dan biskut sendiri dan mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 60 peratus. 

Pengasasnya, Suraya Abdul Majid berkata, sijil halal yang diterima itu telah membuka lebih banyak peluang termasuk menembusi pasar raya besar serta meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produknya.

“Dengan adanya sijil halal, pelanggan lebih yakin bukan sahaja dari aspek kehalalan bahan tetapi juga kebersihan. Ia juga membolehkan saya menyertai tender makanan dan memohon bantuan daripada agensi kerajaan. 

“Pensijilan halal bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi menjadi platform penting buat usahawan bumiputera seperti dirinya untuk bersaing secara sihat dalam industri makanan dan minuman tempatan.

“Ia secara langsung meningkatkan tahap kepercayaan pengguna terhadap produk saya, membuka peluang untuk pengembangan pasaran serta memudahkan urusan dengan pihak berkuasa dan agensi berkaitan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Suraya memaklumkan bahawa perniagaan kek dan biskut yang diusahakannya bermula secara kecil-kecilan dari dapur rumah demi menjaga ibunya yang uzur.

“Saya memulakan perniagaan kek dan biskut ini pada 2017 dengan modal permulaan RM2,000 selepas berhenti kerja di sebuah hospital untuk menjaga ibu yang menghidap strok. 

“Pada peringkat awal, saya hanya menjual dari rumah, namun selepas tiga tahun, dia berpindah ke premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Halal Park Tambun.

“Sejak itu, saya lebih serius dalam mengembangkan bisnes ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN