AmBank Islamic, TEKUN lancar pembiayaan sokong  usahawan

AmBank Islamic, TEKUN lancar pembiayaan sokong  usahawan asnaf

EQHWAN Mokhzanee (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Pembiayaan Mikro Qard AmBank Islamic baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AmBank Islamic menandatangani memorandum persefahaman dengan TEKUN Nasional untuk melancarkan Pembiayaan Mikro Qard AmBank Islamic bertujuan untuk menyokong usahawan asnaf yang dikenali sebagai Asnafpreneur.

Ketua Pegawai Eksekutif, AmBank Islamic, Eqhwan Mokhzanee berkata, kerjasama strategik dengan mekanisme bermatlamat khusus seperti TEKUN Nasional adalah kunci untuk mencapai impak yang lebih luas. 

“Kami berharap ini dapat meningkatkan rangkuman kewangan untuk usahawan mikro dalam kategori B40, memastikan mereka mempunyai sumber dan peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Ini adalah satu langkah ke hadapan dalam memperkasakan perusahan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia untuk menyesuaikan diri dan berkembang maju dalam ekonomi yang dinamik ini. Kami di AmBank Islamic berbesar hati menjadi pemboleh upaya bagi aspirasi ini,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Adam Abd Ghani berkata, program kerjasama ini diharapkan dapat memperkasa dan meningkatkan kedudukan ekonomi usahawan supaya mereka boleh bergerak melangkaui status asnaf mereka.

Pembiayaan Mikro Qard AmBank Islamic akan disalurkan melalui program Asnafpreneurs TEKUN. 

Setiap penerima akan dikenal pasti sebagai Ahli TEMAN yang akan membentuk kumpulan berlima dan kumpulan ini kemudiannya dikehendaki menghadiri mesyuarat mingguan yang dikenali sebagai Perjumpaan Setempat Ahli TEMAN (PSAT) bagi memastikan bayaran mingguan dikutip.

Dana awal yang diperuntukkan untuk program ini adalah sebanyak RM500,000 dan dianggarkan memberi manfaat kepada lebih 50 Asnafprenuer. 

Tempoh pembiayaan adalah tanpa caj keuntungan, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 18 bulan.

TEKUN Nasional ialah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menyediakan pembiayaan mikro dengan segera dan patuh Syariah untuk menyokong usahawan memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. 

Selain daripada penyelesaian pembiayaan, TEKUN Nasional juga menawarkan bimbingan, sokongan dan peluang rangkaian untuk memupuk usahawan yang berdaya saing, terutamanya dalam PKS.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN