Al-Ikhsan lancar kempen Gaya Aktif Harian Untuk Semua,

Al-Ikhsan lancar kempen Gaya Aktif Harian Untuk Semua

al-ikhsan
Al-Ikhsan Sports, pengedar barangan sukan terbesar di Malaysia, melancarkan inisiatif jenama terbaharu: ‘For Everyday Athletes’
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Al-Ikhsan Sports, pengedar barangan sukan terbesar di Malaysia, melancarkan inisiatif jenama terbaharu: ‘For Everyday Athletes’ satu kempen Berskala nasional yang meraikan rakyat Malaysia yang terus melangkah, berusaha, dan mengharungi cabaran harian dengan semangat.

Sebagai jenama sukan tempatan yang paling lama bertapak dan memiliki jaringan terbesar di negara ini, dengan 187 cawangan fizikal dan 3 platform digital di seluruh Semenanjung Malaysia, Al-Ikhsan Sports telah lebih tiga dekad memperjuangkan sukan dan bukan sekadar menjual produk.

Daripada pemain akar umbi hingga atlet profesional, kami telah menjadi rakan sokongan utama dalam perjalanan mereka. Kempen ini memperkukuh semula identiti jenama kami bukan sekadar entiti perniagaan, tetapi sebuah jenama yang berperanan untuk memberi inspirasi, membina semangat, dan memacu kemajuan untuk setiap ‘For Everyday Athletes’.

“Di Al-Ikhsan Sports, kami percaya bahawa pergerakan boleh mengubah hidup. Gaya hidup aktif bukan saja menguatkan badan, tapi juga mencerdaskan minda dan memberi tenaga kepada semangat dalaman. Macam pepatah lama: ‘Badan Sihat, Minda Cerdas’.

“Bila kita kekal aktif, kita hidup dengan lebih baik, dari cara kita berfikir, bekerja, hingga ke pergaulan kita bersama keluarga dan komuniti,”  Ketua PegawaiEksekutif Al-Ikhsan Sports, Datuk Hishammudin Hasan.

“Kempen ini sangat dekat dengan hati saya. Saya bangga mengetuai syarikat yang lebih 30 tahun telah menjadi pemacu semangat buat atlet harian. Dengan hala tuju baharu ini, kami bukan sekadar menjual kelengkapan sukan, kami sedang mencetuskan satu pergerakan nasional,” katanya.

Kempen Untuk Kita Semua

‘For Everyday Athletes’ Bukan sekadar slogan, ia adalah seruan untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif, sihat dan seimbang. Kempen ini mengiktiraf mereka yang tetap memilih untuk bergerak di tengah kesibukan kerja, rutin harian di rumah, dan rentak kehidupan yang padat dan mencabar.

Kempen ini memberi tumpuan kepada individu- individu harian dengan rutin sebenar kehidupan, sambil memperkukuh komitmen Al-Ikhsan

Sports sebagai jenama yang sentiasa dekat di hati rakyat.

Gaya hidup aktif memberi impak besar kepada kesejahteraan hidup. Badan Sihat, Minda Cerdas, inilah asas kepada fokus, kekuatan mental dan emosi.

Sama ada berjalan ke tempat kerja atau kekal aktif di rumah, setiap langkah jadikan kita lebih kuat. Pelancaran ini turut bertepatan dengan satu pencapaian penting, pengenalan konsep kedai baharu Al-Ikhsan Sports di Elmina Lakeside Mall, yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik.

Cawangan Elmina ini adalah yang pertama dalam siri kedai generasi baharu Al-Ikhsan Sports, diikuti oleh kedai-kedai Al-Ikhsan di AEON Shah Alam, Ipoh Parade, dan Mayang Mall. Jenama tempatan ini akan terusm memperkemaskan konsep kedainya dari masa ke masa, dengan perancangan untuk menaik taraf kedai-kedai sedia ada sambil membuka cawangan baharu.
• Rekaan kedai yang moden dan berinspirasi
• Pilihan pelbagai produk tempatan dan antarabangsa yang lebih menarik
• Aktiviti komuniti yang relevan dengan gaya hidup aktif hari ini

30 Tahun Kukuh dan Masih Bersama Anda

Dari sebuah kedai kecil berkeluasan 150 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru pada tahun 1993, Al-Ikhsan Sports kini berkembang kepada 187 cawangan fizikal dan 3 platform digital di seluruh Semenanjung Malaysia. Lebih 30 tahun kami berdiri sebagai jenama yang menyokong perjalanan atlet seharian, daripada akar umbi sehingga ke pentas antarabangsa.

Kempen ‘For Everyday Athletes’ meneruskan misi ini dengan lebih jelas, memberi fokus kepada pergerakan harian dan individu-individu di sebalik setiap langkah itu. Antara sorotan utama kempen ini termasuk:

The “For Everyday Athletes” campaign brings that mission into sharper focus, championing daily movement and the people behind it. Key campaign highlights include:
• Pelancaran Program Keahlian Eksklusif Al-Ikhsan Sports (Jun 2025)
• Ganjaran aktiviti kecergasan untuk menggalakkan gaya hidup aktif
• Program komuniti untuk menghubungkan rakyat melalui gaya hidup aktif

Berpegang kepada janji jenama kami, Produk Kebanggaan Malaysia yang membawa kepakaran global dalam dunia sukan, kempen ini memperkukuh lagi hubungan kami dengan  rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Ia mengingatkan mereka: kami sentiasa di sini, kami masih di sini dan terus bergerak seiring anda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya