Ajinomoto promosi Inovasi Makanan di Sustainable Food Camp 2025

Ajinomoto promosi Inovasi Makanan di Sustainable Food Camp 2025

ajinomoto
Duta Besar Jepun Ke Malaysia, Noriyuki Shikata melancarkaan reruai Ajinomoto pada Sustainable Food Camp 2025 (SFC 2025) di Awana Genting Highlands.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah menyertai Sustainable Food Camp 2025 (SFC 2025) yang berlangsung  di Resorts World Awana, Genting Highlands.

Dianjurkan oleh Sustainable Food Asia (SFA), program ini menjadi platform permulaan yang dinamik untuk menyatukan Asia sebagai satu pasukan dengan menghimpunkan syarikat multinasional, syarikat pemula dan inovator untuk bersama-sama mencipta penyelesaian bagi masa depan makanan global yang mampan.

Dengan tema “Future Foods: Innovating Today, Sustaining Tomorrow”, program ini menukar idea kepada strategi yang boleh dilaksanakan berdasarkan tiga teras utama: Penambahbaikan Alam Sekitar, Akses Kesihatan dan Tanggungjawab Sosial.

Upacara pembukaan telah dirasmikan Noriyuki Shikata, Duta Besar Jepun ke Malaysia, dan menampilkan pelbagai pengisian menarik termasuk sesi diskusi, pameran produk, sesi pembentangan, dialog meja bulat, pelancaran projek dan majlis anugerah — semuanya berfokuskan inovasi makanan lestari.

Sebagai rakan strategik, AMB memperkenalkan tema ‘Deliciousness Technology: Contributing to the Creation of Happiness of People Worldwide’ menerusi reruai interaktif yang menampilkan inovasi makanan berasaskan sains.

Reruai ini menampilkan konsep “Kokumi” — satu sensasi rasa yang meningkatkan impak, kemantapan dan  kesinambungan rasa — yang dibuktikan melalui kit rasa menggunakan Solusi Kokumi yang mempertingkatkan rasa daripada Ajinomoto Sebagai respons terhadap masalah kesihatan yang semakin meningkat seperti obesiti,
diabetes dan penyakit jantung, AMB turut mempamerkan Seri-Aji®, yang menunjukkan bagaimana ia membawa kebahagian dalam masakan harian dengan penyediaan makanan yang lazat, pantas dan mudah.

Reruai itu turut menampilkan inisiatif Pengurangan Garam Pintar AJI-NO-MOTO®, yang menonjolkan bagaimana rasa ‘Umami’ boleh mengurangkan sodium tanpa menjejaskan rasa, sekaligus menyokong tabiat pemakanan
yang lebih sihat.

Selaras dengan inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) oleh Kumpulan Ajinomoto, AMB terus komited dalam memperkasa kelestarian melalui inovasi.

Dengan memanfaatkan ‘Deliciousness Technologies’ yang unik, kami bertekad menyumbang kepada masa depan yang lebih lazat dan sihat — demi menyokong kesejahteraan rakyat Malaysia dan masyarakat di seluruh dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya