Ajinamoto promosi inovasi makanan di SFC 2025 

Ajinamoto promosi inovasi makanan di SFC 2025 

RERUAI Ajinomoto pada Sustainable Food Camp 2025 (SFC 2025) yang berlangsung di Resorts World Awana, Genting Highlands.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) menyertai Sustainable Food Camp 2025 (SFC 2025) yang berlangsung di Resorts World Awana, Genting Highlands. 

Program anjuran Sustainable Food Asia (SFA), menjadi platform permulaan yang dinamik untuk menyatukan Asia sebagai satu pasukan dengan menghimpunkan syarikat multinasional  syarikat pemula dan inovator untuk bersama-sama mencipta penyelesaian bagi masa depan makanan global yang mampan.

Ajinamoto berkata, dengan tema ‘Future Foods: Innovating Today, Sustaining Tomorrow’, program ini menukar idea kepada strategi yang boleh melaksanakan berdasarkan teras utama penambahbaikan alam sekitar, akses kesihatan dan tanggungjawab sosial. 

“Duta Besar Jepun ke Malaysia, Noriyuki Shikata dalam ucapan pembukaan turut menampilkan pelbagai pengisian menarik termasuk sesi diskusi pameran produk, sesi pembentangan, dialog meja bulat, pelancaran projek dan majlis anugerah semuanya berfokuskan inovasi makanan lestari.

“Sebagai rakan strategik. AMB memperkenaikan tema ‘Deliciousness Technology: Contributing to the Creation of Happiness of People Worldwide’ menerusi reruai interaktif yang menampilkan inovasi makanan berasaskan sains,” katanya dalam kenyataan. 

Reruai itu menampilkan konsep ‘Kokumi’, satu sensasi rasa yang meningkatkan impak, kemantapan dan kesinambungan rasa yang dibuktikan melalui kit rasa menggunakan Solusi Kokumi yong mempertingkatkan rasa daripada Ajinomoto. 

Sebagai respons terhadap masalah kesihatan yang semakin meningkat seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung. 

AMB turut mempamerkan Seri-Aji, yang menunjukkan bagaimana ia membawa kebahagian dalam masakan harian dengan penyediaan makanan yang lazat, pantas dan mudah. 

Reruai itu turut menampikan inisiatif Pengurangan Garam Pintar AJI-NO-MOTO, yang menonjolkan bagaimana rasa ‘umami’ boleh mengurangkan sodium tanpa menjejaskan rasa, sekali gus menyokong tabiat pemakanan yang lelbih sihat.

Selaras dengan inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) oleh Kumpulan Ajinomoto, AMB terus komited dalam memperkasa kelestarian melalui inovasi.

Dengan memanfaatkan ‘Deliciousness Technologies’ yang unik, Ajinamoto bertekad menyumbang kepada masa depan yang lebih lozat dan sihat demi menyokong kesejahteraan rakyat Malaysia dan masyarakat di seluruh dunia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya