PETALING JAYA: Pengurangan tarif untuk pengangkutan dan pengegasan semula terhadap Petronas Gas Bhd. (PGB) dijangka membawa kepada margin jualan yang lebih tinggi dan kos yang lebih rendah untuk pengguna pada tahun ini. MIDF Amanah Investment Bank Berhad berkata, pihaknya percaya ini boleh meningkatkan daya saing pemain gas, meningkatkan hasil eksport dan merangsang aktiviti ekonomi sepanjang tahun. “Selain itu, pengurangan tarif boleh membebaskan sumber dan membuka peluang untuk pelaburan dalam penyahkarbonan…