PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus semasa Mesyuarat Dasar Monetari kali kedua minggu lalu dengan menekankan bahawa pendirian dasar semasa masih kondusif untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi, menurut MIDF Research. Dalam Kenyataan Dasar Monetari (MPC), indikator ekonomi semasa menunjukkan trend pertumbuhan global yang berterusan, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan perdagangan antarabangsa. Firma penyelidikan itu berkata, lanskap ekonomi yang dijangka untuk 2025…