Kempen ‘Electrifying Raya Bonanza’, tawar hadiah hingga RM1j

Kempen ‘Electrifying Raya Bonanza’, Matrix Concepts tawar hadiah sehingga RM1j

KEMPEN ‘Electrifying Raya Bonanza’ oleh Matrix Concepts menawarkan pembeli rumah penjimatan luar biasa, faedah eksklusif dengan memenangi hadiah bernilai sehingga RM1 juta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad meraikan semangat Hari Raya dengan kempen ‘Electrifying Raya Bonanza’ menawarkan pembeli rumah penjimatan luar biasa, faedah eksklusif dengan memenangi hadiah bernilai sehingga RM1 juta termasuk BYD Sea Lion yang serba baharu. 

Kempen menarik ini berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Mei 2025.

Matrix Concepts berkata, pihaknya menganjurkan program ‘Riuh Gaya Raya’ di Bayu Sutera pada 12 dan 13 April 2025, manakala di Eka Height pula pada 19 hingga 20 April 2025.

“Kami menawarkan kepada pembeli untuk mengurangkan beban yuran guaman untuk pinjaman, perjanjian jual beli (SPA), dokumen sah memorandum pemindahan (MOT) dan memorandum of charge (MOC) pada projek terpilih.

“Pembeli juga berpeluang menerima perkhidmatan jalur lebar percuma selama setahun untuk mendapatkan akses ke rumah kelab lima bintang dengan keahlian percuma sementara.  

“Malah, pembeli juga boleh memanfaatkan program kesetiaan yang diperluaskan dengan tawaran eksklusif untuk pembeli berulang dan generasi seterusnya dan mendapatkan satu peratus untuk merujuk rakan atau ahli keluarga yang juga akan menerima tawaran satu peratus,” katanya dalam kenyataan. 

Selain itu, pembeli juga berpeluang menikmati ganjaran Duit Raya sehingga RM100,000 untuk projek terpilih.

“Setiap pembelian rumah semasa tempoh kempen layak untuk menyertai cabutan bertuah utama, dengan kumpulan hadiah bernilai sehingga RM1 juta. 

“Hadiah utama adalah kenderaan elektrik BYD Sea Lion yang bergaya. Hadiah menarik lain termasuk hadiah kereta jenis EV, televisyen, sistem home theater dan banyak lagi!,” katanya. 

Dalam pada itu, Bayu Sutera di Bandar Sri Sendayan adalah satu daripada projek utama dalam Electrifying Raya Bonanza. 

“Pembeli rumah di komuniti yang meriah ini akan menikmati semua manfaat kempen, termasuk kelayakan untuk cabutan bertuah utama.

“Sertai kegembiraan perayaan di ‘Riuh Gaya Raya’ di dua lokasi berbeza, Bayu Sutera pada 12 dan 13 April dari pukul 5 petang hingga 10 malam dan projek yang terlibat iaitu Resort Villa @ Bandar Sri Sendayan Suria Heights Link Homes.

“Selain itu, Eka Heights pada 19 dan 20 April, bermula 10 pagi hingga 3 petang dan projek yang terlibat adalah Ferra @ Eka Heights Precinct 8A serta Meora @ Eka Heights (Precinct 4),” katanya. 

Nikmati suasana nostalgia dengan cahaya neon berwarna-warni dan suasana yang ceria  dan sertai aktiviti menarik dan tunjukkan kreativiti anda. 

Pelanggan yang hadir akan dihiburkan dengan persembahan yang memukau dan hiburan yang penuh tenaga.

Untuk maklumat lanjut mengenai Electrifying Raya Bonanza, projek yang terlibat, butiran acara ‘’Riuh Gaya Raya’ dan terma serta syarat, orang ramai boleh melawati laman web https://rayabonanza.matrixtogo.com/.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×