Freesia kediaman eksklusif dengan reka bentuk mesra alam

Freesia kediaman eksklusif dengan reka bentuk mesra alam

FRESSIA dijual pada harga bermula daripada RM470,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMBANGUNAN baharu Freesia di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung oleh M K Land Holdings Berhad (M K Land) menawarkan rumah teres dua tingkat moden dengan reka bentuk mesra alam, menjadikannya pilihan utama bagi pembeli rumah yang mencari keseimbangan antara gaya hidup moden dan kelestarian.

Pengurus Besar Kanan Projek Taman Bunga Raya M K Land, Ezira Feirani Nor Rezan berkata, Freesia bukan sekadar projek perumahan biasa, tetapi mencerminkan komitmen syarikat dalam membangunkan kediaman berkualiti tinggi dengan pendekatan lestari.

“Kami memahami keperluan pembeli rumah moden yang mahukan bukan sahaja reka bentuk yang praktikal tetapi juga aspek kesejahteraan dan kelestarian.

“Reka bentuk Freesia menggalakkan pengudaraan semula jadi, pencahayaan optimum serta penjimatan tenaga, selaras dengan permintaan pasaran yang semakin menitikberatkan ciri-ciri kediaman mesra alam,” katanya dalam satu kenyataan.

Freesia terletak di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, kawasan yang sedang berkembang pesat dengan pelbagai kemudahan serta akses mudah ke lebuh raya utama seperti Rawang Bypass, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Mengulas lanjut, Ezira berkata, kedudukan strategik Freesia membolehkan perjalanan yang lebih pantas ke bandar utama termasuk Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya, menjadikannya pilihan ideal bagi golongan profesional dan keluarga yang mencari keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.

Menurutnya, penduduk Freesia turut menikmati akses pantas ke pelbagai kemudahan termasuk sekolah dan institusi pendidikan, pasar raya serta kedai runcit yang memudahkan urusan harian, selain pusat rekreasi dan taman hijau yang sesuai untuk aktiviti santai dan riadah.

“Freesia direka dengan konsep mesra alam yang bukan sahaja menjimatkan tenaga tetapi juga memberikan keselesaan maksimum kepada penghuninya. 

“Antara ciri-ciri unik yang menjadikannya lebih istimewa termasuk saiz rumah dengan keluasan binaan 1,607 kaki persegi, menawarkan ruang luas yang sesuai untuk keluarga. Rumah ini juga dilengkapi dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air, memberikan keselesaan serta privasi yang mencukupi untuk seisi keluarga.

“Selain itu, ketinggian siling yang mengagumkan iaitu 11 kaki pada aras bawah dan 10 kaki pada aras atas mewujudkan suasana rumah yang lebih lapang, manakala penggunaan cat berwarna cerah membantu memantulkan haba untuk memastikan suhu dalaman lebih sejuk secara semula jadi.

“Dalam pada itu, setiap bilik dilengkapi dengan tingkap casement bagi meningkatkan aliran udara, menjadikan rumah lebih nyaman dan segar,” ujarnya.

Ezira berkata, penggunaan kaca di kawasan strategik membolehkan pencahayaan semula jadi maksimum, sekali gus mengurangkan keperluan pencahayaan buatan pada siang hari dan mewujudkan suasana yang terang serta segar.

“Unit lot akhir dan hujung turut menerima kelebihan tambahan dengan panel tingkap tambahan untuk pencahayaan dan pengudaraan yang lebih baik. 

“Selain itu, pintu gelangsar di ruang tamu disertakan dengan pintu tambahan bagi unit hujung, memberikan fleksibiliti kepada pemilik rumah dalam mengatur susun atur dalaman mengikut keperluan mereka.

“Tangga dan aras atas rumah ini dilengkapi dengan kemasan lantai kayu berlamina, memberikan sentuhan moden dan elegan yang menambah nilai estetika pada kediaman ini,” katanya. 

Menurut Ezira, Freesia menjanjikan persekitaran yang lebih selamat dan eksklusif kerana komunitinya yang berpagar.

“Penduduk dapat menikmati ketenangan dan privasi, selain merasai suasana kejiranan yang lebih harmoni yang ditambah dengan landskap yang terancang, Freesia menjadikan kediaman ini bukan sekadar tempat berteduh tetapi juga ruang untuk menjalani kehidupan yang berkualiti.

“Dengan harga bermula daripada RM470,000, Freesia menawarkan nilai luar biasa bagi mereka yang ingin memiliki kediaman berkualiti di kawasan strategik dengan pelbagai kemudahan dan bakal menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari kediaman berkualiti dengan nilai pelaburan tinggi untuk masa hadapan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN