Bolt catat pertumbuhan 540% rakan pemandu dalam 3 bulan

Bolt catat pertumbuhan 540% rakan pemandu dalam 3 bulan

AFZAN Lutfi (tengah) menjelaskan Bolt menawarkan kadar komisen serendah 15 peratus, lebih rendah berbanding kadar biasa industri, membolehkan pemandu menyimpan lebih banyak pendapatan mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bolt, syarikat mobiliti terkemuka di Eropah mencatat pertumbuhan luar biasa dengan peningkatan 540 peratus dalam jumlah rakan pemandu di Malaysia hanya dalam tempoh tiga bulan sejak melancarkan perkhidmatan e-hailing itu di Lembah Klang. 

Sejak pelancarannya, platform ini juga mengalami kenaikan 280 peratus dalam pendaftaran penumpang, meningkatkan kecekapan perkhidmatan, dengan anggaran masa ketibaan (ETA) dikurangkan sebanyak separuh.

Selain itu, ia memastikan perjalanan lebih pantas dan lancar untuk penumpang, sambil memperkukuhkan komitmen Bolt terhadap pengalaman e-hailing yang mengutamakan pemandu, kos efektif dan lancar.

Pengurus Besar Malaysia di Bolt, Afzan Lutfi berkata,  dalam hanya tiga bulan, pihaknya telah melihat permintaan yang tinggi untuk platform e-hailing yang mengutamakan pemandu, menawarkan pendapatan lebih adil dan memberikan pengalaman lebih baik kepada penumpang. 

Katanya, pertumbuhan pesat Bolt membuktikan bahawa pemandu menghargai fleksibiliti dan potensi pendapatan yang ditawarkan oleh Bolt, manakala penumpang menikmati perjalanan yang lebih pantas serta tambang lebih berpatutan dengan caj tol disertakan dalam kadar tambang untuk perjalanan yang lebih lancar dan telus. 

“Pengenalan Bolt Executive adalah langkah seterusnya dalam memperluaskan pilihan untuk penumpang, sambil mencipta peluang pendapatan baharu untuk pemandu. 

“Kami baru bermula dan teruja untuk terus berkembang bersama rakan pemandu serta penumpang dalam membentuk masa depan e-hailing di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sebagai platform yang direka dengan fokus kepada pemandu, Bolt dilancarkan dengan  kadar komisen se­rendah 15 peratus, lebih rendah daripada kadar biasa industri sebanyak 20 peratus, membolehkan pemandu menyimpan le­bih banyak pendapatan mereka.

“Sejak pelancaran, lebih RM22.8 juta telah dibayar dalam bentuk perolehan kepada rakan pemandu, mengukuhkan peranan Bolt dalam menyokong mata pencarian pemandu dan merealisasikan peluang pendapatan yang lebih baik.

“Bolt turut mengutamakan fleksibiliti, memberikan rakan pemandu kawalan penuh ke atas perjalanan yang mereka terima, sekali gus membolehkan mereka menguruskan jadual dan pendapatan mereka dengan lebih baik,” ujarnya.

Jelasnya, pemandu mempunyai kebebasan untuk memilih perjalanan secara manual, memastikan mereka boleh menerima tempahan yang paling sesuai dengan kesesuaian dan ketersediaan mereka.

Bagi menyokong rakan pemandu dengan lebih lanjut, Bolt menawarkan bonus aktif menarik sebanyak RM200 kepada pemandu yang berjaya menyelesaikan 30 perjalanan dalam tempoh 60 hari, yang dapat membantu pemandu e-hailing baharu menampung kos pelesenan Kende­raan Perkhidmatan Awam (PSV).

Selain itu, katanya, kempen ganjaran pemandu yang dijalankan setiap hari membolehkan pemandu memperoleh pendapatan secara konsisten tanpa perlu terikat dengan jadual kerja yang panjang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN