PEMBANGUNAN mampan menjadi tarikan utama Malaysia dalam usaha mencapai keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Pembangunan infrastruktur hijau di Malaysia menjadi keutamaan dalam mencapai ekonomi mampan, sejajar dengan komitmen negara terhadap matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Infrastruktur hijau memainkan peranan penting sebagai pemangkin perubahan ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih mesra alam, melibatkan kaedah yang memanfaatkan kecekapan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran serta memulihara biodiversiti. Namun, sejauh manakah negara bersedia…