SHAH ALAM: Penyedia perkhidmatan penggantian bateri kereta secara ‘on-demand’, Bateriku.com bekerjasama dengan penyedia teknologi mobiliti pintar dan kesalinghubungan kenderaan Malaysia, ACO Tech yang juga syarikat subsidiari teknologi untuk Proton. Kerjasama tersebut mewujudkan integrasi digital pertama di Malaysia antara penyedia teknologi Pengilang Asal Produk (OEM) automotif dan penyedia perkhidmatan bantuan kecemasan jalan raya. Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi berkata, kenderaan yang dilengkapi dengan sistem ATLAS Infotainment Head Unit (IHU) daripada…