US Pizza sasar pembukaan 30 rangkaian baharu tahun ini

US Pizza sasar pembukaan 30 rangkaian baharu tahun ini

Chek Zainuddin Chek Jusoh (dua, kiri) semasa merasmikan rangkaian restoran US Pizza di Melawati Mall, Kuala Lumpur, disaksikan oleh Deric Yeo (kiri), hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: US Pizza menyasarkan pembukaan 30 rangkaian baharu restoran makanan segera itu di seluruh negara pada tahun ini, bagi mengukuhkan kehadirannya di pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Operasinya, Deric Yeo berkata, selain dalam negara, rangkaian pizza jenama tempatan terbesar itu turut merancang untuk mengukuhkan kehadirannya di pasaran Singapura dan Indonesia.

Beliau percaya, dengan pelan strategi pengembangan perniagaan yang betul, UZ Pizza berupaya untuk merekodkan perolehan dua digit seperti yang dicapai tahun lalu.

Katanya, kos pembukaan setiap rangkain dianggarkan antara RM600,000 hingga RM700,000 untuk konsep restoran, manakala bagi sebuah kios sekitar RM400,000 hingga RM450,000 bergantung kepada saiz dan lokasi.

“Kami mempela pemain tempatan dalam industri francais Food & Beverage (F&B) untuk merebut peluang yang ada bagi membantu mengukuh dan mengembangkan jenama Malaysia ke peringkat global,” katanya pada majlis pelancaran rangkaian restoran pertama US Pizza di Melawati Mall di sini, hari ini.

Pembukaan dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Francais & Vendor, Kementerian Pembangunan Usahwan dan Koperasi, Chek Zainuddin Chek Jusoh.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia, Datuk Dr. Radzali Hassan; Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zuraida Jomri dan Francaise US Pizza Malawati Mall, Ihsan Maher.

Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina hujung bulan ini, US Pizza turut menampilkan set menu istimewa The Golden Deal. Pelanggan juga boleh memilih set pizza dengan `topping’ Simply Cheese Pizza, Aloha Pizza, Italian Aloha Deluxe Pizza, Bolognese Pizza, Chicken Classic, Spicy Chicken Delite, US Favourite dan Vege Lover.

Derek berkata, pembukaan restoran US Pizza di Melawati Mall dengan rekabentuk baharu dan bersifat futuristik seiring dengan citarasa pelanggan masa kini terutama golongan muda, bakal dijadikan konsep baharu untuk setiap rangkaian lain pada masa hadapan.

Mengenai persaingan, beliau berkata, US Pizza menekankan kualiti pada setiap menu dihidangkan, selain memastikan harga ditawarkan adalah berpatutan.

“Industri F&B sentiasa berdepan dengan cabaran, sama ada dari segi bahan mentah dan sumber manusia. Namun, dengan perancangan dan strategi yang betul termasuk dalam aspek digitalisasi, kami yakin dapat menghadapi apa juga cabaran,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN