PETALING JAYA: Sekatan baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport cip kecerdasan buatan (AI) tidak akan menjejaskan pusat data sedia ada atau yang sedang dibina, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong berkata, bagaimanapun, beliau tidak mengetahui sekiranya terdapat sebarang kesan pada masa hadapan. “Sebarang kesan yang akan berlaku, kita belum tahu namun, kita akan tunggu dan lihat. “Oleh itu, kami akan terlibat dengan kerajaan…










