PETALING JAYA: Proton melalui anak syarikat pengeluar kenderaannya, Pro-Net menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus untuk caj pengecasan awam bagi menyambut Tahun Baharu Cina dan meraikan penghantaran Proton e.MAS 7 yang pertama kepada pelanggan. Menurut kenyataan, bermula 25 Januari hingga 3 Februari 2025, pemilik Proton e.MAS dan smart EV boleh menikmati tawaran istimewa itu di lebih daripada 80 peratus stesen pengecasan awam. “Dengan hanya menggunakan aplikasi Proton e.MAS atau Hello smart…










