Perdagangan catat RM257.9 bilion pada Disember 2024

Perdagangan catat RM257.9 bilion pada Disember 2024

MALAYSIA mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM257.9 bilion pada Disember 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM257.9 bilion pada Disember 2024 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM138.5 bilion dan RM119.3 bilion, seperti yang dilaporkan hari ini dalam statistik eksport import mengikut negeri Disember 2024, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan,  Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata prestasi eksport bernilai RM138.5 bilion pada Disember 2024, meningkat sebanyak RM20.1 bilion (16.9 peratus) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. 

“Peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (RM15.4 bilion), Johor (RM4.7 bilion), Selangor (RM1.9 bilion), Sabah (RM1.3 bilion), Perak (RM1.1 bilion), Melaka (RM416.7 juta), Kelantan (RM18.5 juta) dan Perlis (RM7.1 juta). 

“Walau bagaimanapun, nilai eksport menurun di Kedah sebanyak RM1.6 bilion, Kuala Lumpur (RM1.5 bilion), Sarawak (RM819.5 juta), Negeri Sembilan (RM415.5 juta), Pahang (RM342.1 juta), Wilayah Persekutuan Labuan (RM30.0 juta) dan Terengganu (RM15.1 juta).

“Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 38.0 peratus, diikuti oleh Johor (18.1 peratus), Selangor (16.2 peratus), Sarawak (7.4 peratus) dan Kuala Lumpur (3.7 peratus),” katanya dalam kenyataan. 

Beralih kepada prestasi import mengikut negeri, Mohd. Uzir memaklumkan import pada bulan Disember 2024 meningkat RM12.7 bilion (11.9 peratus) berbanding bulan yang sama pada 2023. 

“Peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Selangor (RM5.9 bilion), Pulau Pinang (RM3.9 bilion), Johor (RM1.3 bilion), Kedah (RM1.1 bilion), Perak (RM704.5 juta), Kuala Lumpur (RM590.1 juta), Sarawak (RM558.8 juta), Labuan (RM237.3 juta), Sabah (RM69.5 juta), Melaka (RM54.9 juta) dan Perlis (RM32.3 juta). 

“Walau bagaimanapun, nilai import jatuh di Negeri Sembilan sebanyak RM1.3 bilion, Pahang (RM393.4 juta), Terengganu (RM139.7 juta) dan Kelantan (RM115.9 juta),” katanya. 

“Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 28.4 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (22.9 peratus), Johor (20.6 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (7.5 peratus) dan Kedah (5.9 peratus),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN