PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM257.9 bilion pada Disember 2024 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM138.5 bilion dan RM119.3 bilion, seperti yang dilaporkan hari ini dalam statistik eksport import mengikut negeri Disember 2024, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata prestasi eksport bernilai RM138.5 bilion pada Disember 2024, meningkat sebanyak RM20.1 bilion (16.9 peratus) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. “Peningkatan…










