PETALING JAYA: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus buat kali ke-10 kelmarin memberi gambaran dasar monetari yang stabil. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia juga menggalakkan peniaga dan orang ramai membuat pembiayaan dan pelaburan. “Saya turut menjangkakan OPR 3.0 peratus bakal dikekalkan sehingga akhir tahun. “Ia disebabkan risiko kenaikan inflasi masih wujud yang mungkin disumbangkan pelarasan…