Taobao komited penuhi keperluan pelanggan Malaysia

Taobao komited penuhi keperluan pelanggan Malaysia

JESS LEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat gergasi e-dagang dunia, Taobao terus komited untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka di Malaysia dengan memperkenalkan pelbagai inovasi menarik untuk semua pengguna menikmati pengalaman membeli-belah yang selesa. 

Ketua Negara Taobao Malaysia, Jess Lew berkata, pihaknya komited untuk terus menjadikan platform sesuai dan  memenuhi keperluan unik pengguna tempatan. 

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan pengalaman membeli-belah lebih mudah diakses, relevan dan menyeronokkan untuk rakyat Malaysia dengan memastikan kami selaras dengan keutamaan dan permintaan pasaran tempatan yang sentiasa berubah.

“Malah, kami akan terus memperkenalkan inisiatif dan ciri-ciri baharu yang menjadikan Taobao platform yang lebih menarik untuk semua pengguna Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Tambah Jess, Taobao kini bekerjasama dengan penyedia e-Wallet tempatan seperti Touch ‘n Go eWallet dan Lazada Wallet untuk menawarkan kemudahan yang lebih besar kepada pembeli di Malaysia serta akses kepada promosi pembayaran eksklusif. 

“Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah dan memenuhi keutamaan pengguna tempatan.

“Seiring dengan inovasi yang dijalankan, kami tetap terbuka untuk memperluas kerjasama dengan penyedia e-dompet tempatan lain dan memperkenalkan pilihan pembayaran baharu,” katanya. 

Selain itu, Jess berkata, bagi meningkatkan aksesibiliti dan kemampuan Taobao, syarikat telah menyediakan pelbagai jenis saluran pembayaran sesuai dengan pengguna tempatan. 

“Kami menyediakan pilihan ansuran kad kredit yang membolehkan pengguna membeli tanpa perlu membayar sepenuhnya pada masa yang sama. 

“Ciri ini menjadikan pengalaman membeli-belah di Taobao lebih mudah diurus dan meningkatkan fleksibiliti kewangan pengguna,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN