PETALING JAYA: Philip Capital Research kekal optimis dengan pasaran Malaysia pada 2025, didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang mampan, ringgit yang lebih kukuh, mudah tunai domestik yang teguh dan aliran ekonomi yang positif. Firma penyelidikan berkata, ia juga akan dipacu oleh pertumbuhan pendapatan korporat dan realisasi komitmen pelaburan syarikat multinasional (MNC). Kataya, ekonomi Malaysia telah mengalami pertumbuhan paling kukuh sejak 2018 dan momentum ini dijangka berterusan, didorong oleh aliran…