UMUM mengetahui lot bumi adalah unit hartanah yang dikhaskan untuk bumiputera sahaja, termasuk orang Melayu dan pribumi Sabah serta Sarawak.
Hartanah ini sering diberikan harga diskaun yang lebih rendah sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan pemilikan hartanah dalam kalangan bumiputera.
Oleh itu, Ringgit pada minggu ini akan mengucap mengenai kelebihan dan kekurang membeli lot bumiputera.
KELEBIHAN
Harga yang lebih rendah
Salah satu kelebihan utama lot bumiputera adalah harga yang lebih rendah berbanding lot bukan bumiputera atau pun non-bumi. Pemaju hartanah sering menawarkan diskaun untuk lot bumiputera bagi menarik pembeli bumiputera.
Ini membantu golongan bumiputera memiliki hartanah dengan kos yang lebih berpatutan.
Peluang pemilikan hartanah untuk bumiputera
Lot bumiputera membantu memastikan bahawa lebih ramai bumiputera berpeluang memiliki hartanah. Ini adalah salah satu langkah kerajaan untuk mengekalkan keseimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
KEKURANGAN
Pasarannya yang terhad
Biasanya permintaan terhadap lot bumiputera adalah rendah disebabkan pasarannya yang terhad (hanya boleh dijual kepada golongan bumiputera sahaja).
Menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), permintaan adalah rendah terutama sekali di kawasan bandar dan bukan bumiputera.
Peningkatan nilai hartanah lembap
Peningkatan nilai hartanah lot bumiputera adalah lembap. Ini mungkin disebabkan oleh permintaan yang rendah.
Pemilik hanya memperoleh keuntungan yang kecil daripada penjualan hartanah mereka. Ini menjadikan lot bumiputera kurang sesuai untuk pelaburan jangka panjang.
Dalam pada itu, sukar untuk meyakinkan pejabat tanah supaya melepaskan status lot bumiputera kepada bukan bumiputera. Kebanyakan permohonan ditolak.
Pasaran pembeli hartanah terbatas
Kebanyakan pembeli mempunyai masalah untuk menjual rumah mereka. Hal ini kerana rumah jenis lot bumipetra hanya boleh dijual kepada golongan bumiputera sahaja.
Penukaran status memakan masa agak lama
Penukaran status dari lot bumiperta ke bukan bumiputera memakan masa yang lama dan memerlukan persetujuan dari kerajaan negeri.
Kurang sesuai untuk pelaburan hartanah
Hal ini wujud sekatan ke atas pemilik hartanah yang ingin menjual kepada kaum Cina atau India.-UTUSAN










