PETALING JAYA: Pelabuhan kargo Malaysia diramal menjadi pemacu kepada pembangunan ekonomi dan hartanah pada 2025 selepas mencatatkan rekod cemerlang pada tahun ini, kata Irhamy Valuers International Sdn. Bhd. yang merupakan firma penilaian di bawah Juwai IQI. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Irhamy Ahmad berkata, pelabuhan Malaysia dijangka mengendalikan 778 juta tan metrik barangan menjelang akhir tahun ini, menyumbang RM657 bilion kepada ekonomi. Beliau juga menganggarkan, pada 2025, angka ini boleh…