Lot kedai tema Brutalis hiasi Setia Alamsari

Lot kedai tema Brutalis hiasi Setia Alamsari

DENGAN jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM106 juta, lot kedai Teman merangkumi sejumlah 37 unit
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERTEMAKAN Brutalis, S P Setia Bhd melancarkan lot kedai untuk tarikan komersial di Setia Alamsari Kajang yang dinamakan Teman.

Lot kedai Teman dikelilingi oleh lebih 80,000 penduduk, 10,000 rumah dan terletak bersebelahan dengan 6,000 unit pangsapuri.

Menggunakan nama ‘Teman’ untuk dijadikan tarikan telah menandakan kesesuaiannya sebagai tempat untuk berkumpul bersama rakan, penduduk dan pelawat sekalian, dan sebagainya dalam penjanaan tempat di perbandaran tersebut.

Pengurus besar bahagian S P Setia, Koh Sooi Meng berkata, projek yang telah dilancarkan itu terdiri daripada 37 unit di Setia Alamsari dan telah Berjaya mengumpulkan 90 peratus tempahan pada hari pelancarannya.

Katanya, kejayaan berikut adalah daripada pelancaran pertama Emporia yang terdiri

daripada 30 unit kedai di Setia Alamsari.

“Terdapat permintaan tinggi sedia ada untuk pajakan, dengan beberapa pertanyaan daripada jenama terkemuka. Permintaan yang memberangsangkan ini dijangka menjana hasil sewa yang baik, antara 6 peratus hingga 8 peratus.

“Dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM106 juta, Teman merangkumi sejumlah 37 unit terdiri daripada 20 unit perantaraan. 

“Tawaran harga yang berpatutan dengan keluasan Harga sekitar RM1.91 juta bagi keluasan 3,332 kaki persegi dan empat penjuru unit dengan binaan 5,184 kaki persegi pada Harga daripada RM3.4 juta,”katanya.

Tambah beliau, pelancaran itu termasuk 12 unit berkembar dengan binaan seluas 4,882 kaki persegi pada harga dari RM3.93 juta dan 1 unit berkembar tunggal dengan binaan 5,531 kaki persegi pada Harga RM6.22 juta.

Beliau berkata, Dwifungsi itu disasarkan untuk pemilik perniagaan yang mencari persediaan kerja runcit bersepadu.

“Struktur berkembarnya menyediakan peluang untuk pengembangan atau penyesuaian masa hadapan, seperti menambah tingkat atas untuk kegunaan pejabat atau memperluaskan ruang kedai, yang akan menarik minat perniagaan yang sedang berkembang.

“Setakat ini, kami mendapat sambutan menggalakkan daripada bakal pemilik perniagaan F&B, pasar raya, barangan runcit dan klinik yang berminat untuk

menjalankan perniagaan mereka di Setia Alamsari,” ujarnya.

Selain itu, Sooi Meng menjelaskan bahawa berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kadar sewa lot kedai perantaraan di kawasan itu boleh mencecah antara RM8,000 hingga RM9,000 sebulan manakala lot kedai sudut kepada RM20,000

hingga RM22,000 sebulan.

Jelasnya, kawasan perniagaan itu mempunyai jalan penghubung yang baik yang menghubungkan Setia Alamsari Selatan dan Utara dan kawasan sekitar yang mampu meningkatkan kemudahan kepada penduduk dan pelawat.

“Sehingga kini Setia Alamsari disambungkan melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya KL-Seremban Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lebuhraya

Penyuraian Kajang (SILK), dan Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS).

“Malah turut dihubungkan dengan Laluan Putrajaya Baharu, Lebuhraya B15 Putrajaya

Cyberjaya, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Cheras Kajang, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN