PETALING JAYA: Hartanah kediaman tidak terjual di Malaysia berada pada paras terendah dalam tempoh tujuh tahun selepas menyusut kepada 21,968 unit pada suku ketiga berbanding 22,642 unit pada suku kedua 2024, kata MIDF Research. Katanya, kediaman yang tidak terjual pada suku ketiga 2024 adalah daripada Kuala Lumpur (3,273 unit), Perak (3,039 unit), Johor (3,030 unit), Pulau Pinang (2,570 unit) dan Selangor (2,304 unit). Firma penyelidikan itu berkata, penyusutan hartanah kediaman…