Banjir beri impak minimum kepada pengeluaran MSM

Banjir beri impak minimum kepada pengeluaran minyak sawit mentah 

HARGA MSM bagi sebahagian ladang syarikat perladangan utama seperti FGV Holdings, IOI Corporation dan Kuala Lumpur Kepong telah melonjak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Musim banjir terburuk yang sedang melanda Malaysia kini memberi impak yang minimum terhadap pengeluaran minyak sawit mentah (MSM), dengan negeri-negeri yang terjejas (kecuali Melaka) masih menyumbang sehingga 49.1 peratus daripada pengeluaran MSM negara antara Januari hingga Oktober 2024, menurut TA Securities.

Firma penyelidikan berkata, walaupun banjir telah menjejaskan sebahagian ladang syarikat perladangan utama seperti FGV Holdings, IOI Corporation dan Kuala Lumpur Kepong, harga MSM telah melonjak. 

“Harga kontrak niaga hadapan meningkat 45 peratus setakat tahun ini, mencapai RM5,296 setiap tan disebabkan oleh musim monsun dan faktor global lain seperti konflik di Ukraine.

“Penyelidikan daripada TA Research menunjukkan bahawa harga MSM dijangka kekal tinggi dalam tempoh terdekat, tetapi mungkin merosot mulai suku kedua 2025, dengan unjuran purata 2025 pada RM3,800 setiap tan,” katanya dalam nota penyelidikan.

Menurutnya, syarikat perladangan utama seperti FGV Holdings dan IOI Corporation mengalami sedikit gangguan di ladang mereka, namun impak keseluruhannya terhadap pendapatan dijangka minimum. 

TA Securities menganggarkan pengurangans satu peratus dalam pengeluaran tandan buah segar (BTS) dan kenaikan satu peratus dalam harga MSM akan menyebabkan pertumbuhan pendapatan sederhana bagi syarikat ini,.

Firma penyelidikan berkata, berdasarkan data 10 tahun sejarah MSM daripada MPOB, pengeluaran MSM biasanya mengalami penurunan bermusim pada suku pertama, jatuh dengan purata 21 peratus berbanding suku sebelumnya, sebelum meningkat semula sebanyak 18 peratus pada suku kedua.

“Penelitian kami menunjukkan bahawa selama 10 tahun yang lepas, pengeluaran MSM pada separuh kedua telah mengatasi pengeluaran separuh pertama dengan purata 19.7 peratus,” tambahnya.

Sementara itu, BIMB Research juga mengekalkan pandangan ‘neutral’ terhadap sektor perladangan, meramalkan purata harga MSM sebanyak RM4,100 setiap tan untuk 2024 dan 2025. 

“Penyelidikan ini mencadangkan bahawa tahap harga MSM yang tinggi sekarang iaitu RM5,000 setiap tan tidak dapat bertahan dalam jangka masa sederhana, disebabkan oleh risiko seperti kemungkinan permintaan yang lebih rendah, bekalan soya global yang lebih tinggi dan sifat bermusim pengeluaran MSM,” katanya.

Secara keseluruhan, firma berkata, walaupun gangguan akibat banjir, sektor ini mendapat manfaat daripada lonjakan harga MSM yang kukuh dan penganalisis terus menyukai syarikat-syarikat yang terdedah secara langsung kepada turun naik harga MSM.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN